JDT adakan persahabatan bertemu Home United

Kelab Bolasepak JDT akan mengadakan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Home United terlebih dahulu sebelum berlepas ke Thailand bagi hadapi pra-musim 2019.

Perkara itu diumumkan oleh JDT menerusi laman sosial rasmi, JOHOR Southern Tigers. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 11 Januari 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan sepak mula jam 9.00 malam.

Dalam entry tersebut juga memaklumkan para penyokong dijemput hadir memberi sokongan dan masuk adalah percuma.