JDT adakan perlawanan persahabatan bersama Media

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan bola sepak antara kakitangan JDT dengan Pasukan Media di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin malam tadi.

Perlawanan persahabatan tersebut turut disertai DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang juga Pemilik JDT sebagai menghargai usaha keras pengamal media dalam membuat liputan bola sepak sepanjang musim 2019 ini.

Dalam masa yang sama ia memberi peluang kepada pengamal media untuk beramah mesra bersama pemilik JDT dengan lebih dekat. Dalam majlis itu juga, semua pengamal media turut diraikan dengan jamuan BBQ yang disediakan oleh pihak pasukan JDT.

Baginda DYAM Pemangku Raja, turut memberikan sumbangan kepada pasukan Media dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Sumber dan Foto; JOHOR Southern Tigers