JDT adakan perlawanan Pra-Musim di Thailand

Kelab Bolasepak JDT akan adakan perlawanan pra-musim di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2019.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Tiga kelab menjadi pilihan untuk perlawanan persahabatan iaitu Ratchanuri Mitrphol, Bangkok United dan PTT Rayong FC.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan Persahabatan Pra-Musim di Thailand:

  • lawan Ratchaburi Mitrphol – 17 Januari 2019
  • lawan Bangkok United – 20 Januari 2019
  • lawan PTT Rayong FC – 23 Januari 2019

Thailand bukanlah asing bagi JDT, pernah dua kali bertandang ke Thailand bagi mengharungi saingan kelayakkan Liga Juara-Juara AFC ketika bertemu Bangkok Glass dan Muangthong United.

Tahun lalu, JDT mengadakan aksi pra-musim dengan menguji Army United, Chonburi FC dan Port FC.