JDT akhiri saingan liga dengan penuh berseri

Meskipun diikat Terengganu FC pada aksi terakhir saingan Liga Super Malaysia 2019, Tiada perlu digusarkan apabila kejuaraan sudah pun dalam genggaman. 3 gol berbalas 3 menamatkan kedudukan JDT selaku pendahulu dengan 53 mata dengan 16 kemenangan, 5 seri dan 1 kekalahan.

JDT dikejutkan jaringan awal menerusi rembatan Sanjar pada minit ke24 sebelum Leandro Velazquez menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 31.

Safawi Rasid meletakkan JDT didepan menerusi umpanan cantik Kapten, Hariss Harun untuk 2-1 pad minit 36 dan Cabrera meledak gol ketiga JDT pada akhir babak separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, menyaksikan JDT kecundang dengan kecilikan Terengganu FC untuk memburu gol. Ianya terhasil pada minit 65 menerusi tandukan Serhii dan disusuli sepakan percuma Lee Tuck pada minit 79 untuk mengikat 3-3.

Selang seminit diperintah keluar padang akibat menerima kad kuning kedua. JDT berpeluang untuk mencipta kemenangan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Diogo Santo gagal menyempurnakan sepakan tersebut menjadikan keputusan akhir perlawanan kekal dengan 3-3.