JDT anjur aksi persahabatan bersama penyokong

Sebelum pertemuan terakhir menentang Melaka sabtu ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Perlawanan ini pasti merujuk kepada penghargaan buat para penyokong yang terus setia bersama pasukan sejak 2013 hingga kini dan sentiasa menyokong tidak kira menang atau kalah.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Aksi persahabatan itu, pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mencemar duli bersama-sama beraksi dalam pasukan Staf JDT menentang Kelab Penyokong.

Dalam keadaan cuaca hujan lebat, dilihat Staf JDT dan Kelab Penyokong saling sama menyerang (berdasarkan paparan gambar). Dalam hantaran story YAM Che Puan, TMJ turut menyumbang gol menerusi sepakan lencong terus menerjah jaring selain membuat bantuan gol.

Turut dalam senarai Head Coach JDT, Benjamin Mora, Technical Diretor, Martin Press dan Sport Director, Alistair Edward.

Aksi tersebut yang dikongsikan menerusi Laman Sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers bagaimanapun tidak nyatakan keputusan perlawanan. Apapun kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan penghargaan yang diberikan kepada penyokong.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Jangan lupa aksi terakhir CIMB Liga Super Malaysia 2020, JDT menentang Melaka di Stadium Hang Jebat pada Sabtu ini 10 Oktober 2020 jam 9.00 malam.

FOTO Features: JOHOR Southern Tigers