JDT bagi kedah 800 tiket. Ok?

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memutuskan untuk menambah 300 keping menjadikan 800 keping tiket untuk pasukan pelawat bagi perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2020 dan perebutan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Kedah FA sebelum ini menghantar permohonan ke JDT untuk mendapatkan 1,000 keping tiket untuk para penyokong bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim. Namun Malaysian Football League (MFL) mengesahkan Kedah hanya boleh menerima 500 keping tiket sahaja berdasarkan Manual MFL berhubung pembahagian tiket perlawanan.

Baca juga 500 keping tiket sahaja yang boleh

Ianya juga merujuk kepada kapasiti Stadium Sultan Ibrahim yang hanya 35,000 tempat duduk yang mensyaratkan hanya 500 keping tiket sahaja. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada pihak tuan rumah atas budi bicara untuk memberi tambahan tiket.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam responnya turut mengesahkan perkembangan tersebut dan menghargai kesudian JDT untuk ‘melanggar’ syarat’ manual untuk memberikan tiket tambahan kepada penyokong Kedah.

Baca juga Kedah harap ehsan JDT

Stadium Sultan Ibrahim yang baru sahaja dirasmikan pada Sabtu lepas pastinya menjadi sebab utama permintaan tinggi penyokong lawan untuk mendapatkan tiket pada aksi pembukaan jumaat ini.

Apapun diingatkan bahawa, sama-samalah kita menjaga tingkah laku dan suasana agar kedua-dua penyokong dapat menikmati perlawanan dengan baik dan lancar.