JDT bakal lancarkan Pejabat baharu di Iskandar Puteri

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) umum akan melancarkan pejabat baharu JDT (JDT Headquarters) di Iskandar Puteri, Johor pada 4 September 2019 ini. Ibupejabat JDT yang baharu ini adalah bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim yang kini telah mencapai anggaran 85% siap (melihat pada mata kasar).

Ianya sebagai simbol kebanggaan buat bola sepak Johor dan para penyokong yang tidak berhenti memberi sokongan selepas enam tahun yang penuh gemilang mencipta kejayaan demi kejayaan sejak 2013.

JDT memenangi kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut bersama-sama dengan Kejuaraan Piala AFC 2015, Piala Malaysia 2017 dan memenangi empat kali Piala Sumbangsih.

Image
Image
Pembinaan pejabat JDT pada Ogos 2018. Foto JST
Image
Pembinaan pejabat JDT pada Julai 2018. Foto JST
Image
Pembinaan pejabat JDT pada Jun 2018. Foto JST
Image
Pembinaan pejabat JDT pada Februari 2018. Foto JST
Image
Pembinaan pejabat JDT pada Disember 2017. Foto JST
Image
Image
Pembinaan pejabat JDT pada awal Disember 2017

JDT telah menetapkan penanda aras bola sepak Malaysia dalam pelbagai perkara mulai dari segi kemudahan fasiliti dan profesionalisme untuk kejayaan di dalam dan luar padang, dan pembukaan Ibu Pejabat JDT ini akan menandakan satu lagi langkah buat sebuah kelab yang bercita-cita tinggi.

Pejabat baharu JDT di sebelah Stadium Sultan Ibrahim pada Disember 2018 yang lalu.
Foto: JST
Related image
Gambaran penuh Stadium Sultan Ibrahim.