JDT belasah City Boys

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan di stadium keramat di Larkin selepas membelasah Kuala Lumpur 4-1 semalam.

Skuad City Boys yang dipimpin Yusri Che Lah berjaya memperlahan rentak permainan JDT pada babak pertama sebelum Cabrera menjaringkan gol pendahuluan pada minit akhir separuh masa pertama menerusi sepakan penalti.

Separuh masa dengan kemasukkan Syamer Kutty dan Diogo Luis Santo dengan menggantikan Aaron Niguez dan Afiq Fazail merubah sedikit perancangan.

Umpanan cantik Corbin-Ong untuk Syafiq Ahmad untuk meledak gol kedua buat JDT pada minit 52 sebelum Diogo mencipta gol pertamanya bersama JDT pada minit 58 hasil sepakan percuma Safawi Rasid untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Ketahanan pertahanan dan kekebalan Farizal Marlias akhirnya tertewas dengan skuad pelawat berjaya merapatkan jurang untuk kedudukan 3-1 menerusi penyerang importnya.

Azrif menamatkan perlawanan bergaya JDT untuk menjadikan kedudukan 4-1 pada minit 89.