JDT beri tiket percuma aksi persahabatan JDT-Nepal

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim mengumumkan beri tiket percuma pada aksi persahabatan antarabangsa antara JDT dan Skuad kebangsaan Nepal yang dijadualkan berlangsung 26 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers semalam. Menurutnya, Tiket-tiket boleh didapatkan mulai 25 Ogos 2019, jam 9.00 pagi di kaunter tiket stadium dan ianya akan diberikan selagi stok masih ada dan terhad kepada dua tiket untuk setiap penyokong yang beratur.

Skuad Nepal berkunjung ke Johor sebagai persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, di mana Nepal akan menentang Australia, Jordan, Chinese Taipei dan Kuwait bermula September ini.