JDT capai persetujuan dengan pemain Kelab Wolverhampton

fa87f221730845d8b11f49da8117d07f

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers.

Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.

Pemain itu yang lahir di London merupakan kacukan Malaysia-China melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor sebelum ini beraksi untuk kelab Yeovil Town.

May be an image of 2 people and text that says 'in "" JOHOR DARUL TA'ZIM FC (JDT) HAVE REACHED AN AGREEMENT TO SIGN MALAYSIAN HERITAGE PLAYER NATHANIEL SHIO HONG WAN FROM WOLVERHAMPTON WANDERERS. THE AGREEMENT IS SUBJECT TO A SUCCESSFUL MALAYSIAN CITIZENSHIP APPLICATION AND WILL TAKE PLACE AT THE END OF HIS CURRENT CONTRACT IN JUNE. ALISTAIR EDWARDS A'ZIMFC HNICALDIRECTOR #Fijohorsoutherntigers.com.my וy offic'

Kenyataan itu diumumkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edward menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Jika ianya berhasil, ini bermakna JDT terus mengumpulkan pemain kacukan yang mana mempunyai pertalian dengan warganegara untuk beraksi bersama JDT antaranya Natxo Insa dan Corbin-Ong.