JDT cipta sejarah baharu bolasepak Malaysia

Kelab Bolasepak JDT akan turun sebagai pasukan Juara Liga Super Malaysia musim 2018 sebagai tiket penyertaan untuk ke kejohanan terbesar asia. Dengan penampilan JDT di pentas ini, ianya juga menjadi titik bersejarah buat kelab yang merupakan pasukan pertama dari Malaysia beraksi di kejohanan tertinggi.

JDT yang sebelum ini hanya beraksi di peringkat kelayakkan untuk 4 musim berturut-turut memperlihatkan kehadiran JDT musim ini sudah cukup bersedia untuk mengharungi perlawanan elit yang boleh dianggap cukup besar buat pasukan kerdil seperti JDT.

Kashima Antlers mudah mengepikan cabaran Newcastle Jet dengan jaringan 4-1 pada aksi kelayakkan terakhir Zon Timur. Foto: the-afc.com

Namun ianya tidak boleh diperkecilkan sepertimana nukilan pemilik JDT, “Kami adalah kelab kecil yang bercita-cita besar”, pastinya saingan akan terus diberikan buat pencabar-pencabar gergasi asia.

Kedudukan mata MA (atau MA Ranking) yang dikumpulkan oleh kelab dan pasukan Malaysia membolehkan berada pada tangga ke 6 bagi zon Asia Timur memintas Vietnam dan Hong Kong. 90% mata adalah hasil mata yang diperolehi dari penampilan kelab-kelab dari Malaysia yang beraksi di pentas AFC (AFC Champions League / Piala AFC) manakala 10% lagi adalah dari mata ranking dunia skuad kebangsaan.

Kedudukan tersebut melayakkan Malaysia memiliki 1 kouta untuk terus ke peringkat kumpulan dan 1 lagi kouta pada aksi kelayakkan pusingan ke-2.

Foto: AFC Champions League

Melihat kepada perkembangan tersebut, jelas menunjukkan JDT antara penyumbang mata terbesar buat Malaysia ketika aksi di Piala AFC musim 2015, 2016, 2017, 2018 dan pastinya musim 2015 merupakan mata paling tinggi diperolehi selepas kejayaan JDT merangkui trofi Juara Piala AFC.

Kelayakan bagi penyertaan ke AFC Champions League bagi musim 2019-2020 adalah dikira dari 4 tahun sebelumnya iaitu 2014, 2015, 2016, 2017. (sumber: the-afc.com)

Kedudukan MA Ranking 15 December 2017

Namun kehadiran JDT dalam pentas ACL, bukanlah sekadar pelengkap. Pastinya ia akan digapai sebaik-baiknya pengalaman, prestasi, taktikal, dan persembahan selain menyesuaikan diri keadaan cuaca di beberapa negara sekaligus menjadikan cabaran hebat buat pasukan JDT.

Selamat maju jaya buat pasukan JDT, good luck dari kami para penyokong setia. Luaskan kuasamu Johor. Hidup Johor Demi Johor (pinjam tagline abg Zack latif – jdttv) 😀