JDT dan Juventus setuju untuk bekerjasama

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, telah bertemu pengerusi Juventus, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri pada hari Jumaat, 8 Mac 2019, untuk membincangkan kolaborasi antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan gergasi bola sepak Itali tersebut.

JDT dan Juventus telah bersetuju untuk bekerjasama dan Harimau Selatan akan menghantar satu delegasi ke Turin beberapa minggu akan datang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.

Agnelli menjemput baginda untuk santapan tengah hari, di mana kedua-dua individu penting dalam membuat keputusan pasukan tersebut berbincang mengenai cara bagaimana kedua-dua kelab boleh menjalinkan kerjasama.

JDT cukup berminat untuk memperluaskan wawasan mereka ke Itali serta mendapatkan pandangan bernilai dari kelab paling berjaya di Itali. Juventus telah memenangi 34 kejuaraan Serie A.

Artikel: JOHOR Southern Tigers