JDT kekal di puncak meskipun bermain 10 orang

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) masih kekal di persada liga selepas berjaya mengikat pencabar terdekat Pahang meskipun beraksi dengan 10 pemain selepas Mauricio dilayangkan kad merah pada minit 45 separuh masa pertama.

JDT terlebih dahulu mendahului seawal minit ke 5 menerusi gerakan cantik Leandro yang menolak ke Cabrera sebelum tenang meletakkan bola ke jaring tuan rumah.

Safawi Rasid mempunyai peluang keemasan tetapi gagal disempurnakan dengan baik.

Pahang peroleh gol penyamaan pada minit ke36 menerusi tandukkan Mark Herold melalui sepakan percuma.

Dalam beberapa insiden tegang, Mauricio yang sudah menerima kad kuning pada minit 39, dikatakan mengasari Dickson sehingga menyebabkan Pengadil memberikan kad kuning ke2 buat Mauricio.

Babak kedua, Lucho dan Mora membuat sedikit rombakan dengan memasukkan Adam Nor Azlin dan mengeluarkan Leandro Velazquez dengan membiarkan Afiq Fazail berseorang di bahagian tengah.

Jangkaan awal JDT akan meletakkan keseluruhan pemain untuk lebih bertahan, tetapi tanggapan meleset apabila JDT lebih banyak menyerang ke kubu lawan.

Dengan beberapa kesilapan mudah tuan rumah, separuh masa kedua memperlihatkan JDT terus menguasai permainan walaupun kurang 1 pemain.

Umpanan Corbin Ong yang menghantar ke tengah disudahkan dengan begitu baik Safawi terkena palang dan melantuk masuk melepasi garisan, namun pengadil tidak mengesahkan jaringan tersebut.

JDT terus mengatur serangan dengan memasukkan Syamer Kutty dan Syafiq Ahmad untuk terus memburu gol walau tanpa sedar JDT bermain 10 pemain.

Stamina dan daya fokus yang baik dari pemain JDT harus dipuji yang berjaya mengawal rentak dan kekal konsisten mempertahankan gawang disamping Pahang yang banyak melakukan kesilapan hantaran dan kawalan yang longgar.

JDT tamatkan pusingan pertama dengan terus mengungguli carta liga super dengan 27 mata diikuti Pahang 25 dan Selangor 17 mata. JDT akan bertandang ke Felda United pada 4 Mei untuk aksi seterusnya.