JDT kekal pendahulu liga

Image may contain: 2 people, people playing sports

Juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat FELDA United 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

JDT terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-21 sebelum Federic Bulot menyelamatkan FELDA United dengan gol penyamaan pada minit ke-51.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya gagal menampilkan permainan konsisten selepas terlepas peluang untuk mencipta kemenangan keempat berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan FELDA United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan bagaikan  terperangkap dengan helah skuad The Fighters yang menampilkan aksi `luar biasa’ apabila berjaya menafikan tiga mata yang diimpikan anak buah Mora.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

“Apabila kami tidak beraksi seperti mana yang kami sering lakukan, maka kami akan dihukum dan ia terjadi dalam perlawanan menentang FELDA United. Walaupun kami mengawal perlawanan dan beri tekanan kepada lawan tapi gagal menjaring gol.

“Jika tidak jaringkan gol dalam permainan bola sepak, apabila berlaku kesilapan tentunya kita akan dihukum. Tiada lagi alasan kenapa kami tidak mendapat tiga mata.

“Apa saya lihat, beberapa kelemahan  perlu diperkemaskan lagi  terutama pemain harus bijak membuat  keputusan dalam situasi yang penting.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

“Perlu perkemaskan lagi barisan serangan yang kurang berkesan agar lebih efisien dan bijak memanfaatkan peluang menjaringkan gol. Malah dalam perlawanan itu juga pemain tidak memberi tekanan 100 peratus berbanding tiga aksi lalu,” kata Mora.

Pada aksi itu, JDT yang turun tanpa kehadiran penyokong selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak membenarkan peminat hadir susulan penularan jangkitan COVID-19, anak didik Mora membuka tirai jaringan menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-21.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama selepas FELDA United bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Frederik Bulot  pada minit ke-51.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Ketika aksi memasuki minit ke-66 peluang terhidang buat JDT menambah jaringan tetapi sepakan penalti Gonzalo Cabrera berjaya diselamatkan penjaga gol FELDA United, Mohd Muhaimin Mohamad.

JDT jelas terasa kehilangan kapten Hariss Harun, Safawi Rasid dan Leandro Velazquez yang tidak diturunkan dalam perlawanan itu dan Mora sendiri belum pasti sama ada Hariss dapat turunkan pada aksi seterusnya dan berharap penangguhan saingan liga oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membolehkan pemain itu pulih sepenuhnya.

“Safawi semakin pulih dan saya jangkakan dia dan Leandro akan kembali menguatkan JDT apabila saingan liga bersambung, agak merisaukan saya keadaan Hariss yang masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut,” kata Mora. – BH