JDT kekalkan rekod kemenangan

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Skuad bimbing Benjamin Mora terus mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menundukkan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim. Meskipun hanya mengatasi 2-1, namun 3 mata berharga sangat diharapkan.

Beberapa perubahan pada barisan kesebelasan utama dengan ketiadaan Safawi Rasid yang diketepikan. Nazmi Faiz yang dilihat mengisi kekosongan itu tampak tidak beberapa selesa pada awal permainan. Barisan tengah disusun oleh Leandro, Afiq Fazail dan Natxo Insa.

JDT bermula baik pada 15 minit pertama dengan gerakan cantik Leandro membuahkan hasil selepas lorongan kepada Diogo disudahkan dengan jaringan pada minit 9.

Namun beberapa minit berselang, sedikit kekeliruan di barisan pertahanan berjaya memberikan pasukan pelawat peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Victor Nirennold pada minit ke-19.

Image may contain: 2 people, people playing sports and text

JDT cuba bangkit kembali melalui gerakan cantik dari Gonzalo Cabrera namun rembatannya berjaya ditepis keluar penjaga gol. Begitu juga dengan larian solo Diogo yang hampir-hampir menjaringkan gol kedua peribadinya musim ini namun gagal.

Masuk babak kedua, JDT kembali mengimbangi perlawanan dengan serangan ke kubu pelawat lebih perlahan tapi berbahaya. Hasilnya minit 70, Nazmi Faiz membuktikan kehebatannya apabila melepaskan rembatan padu terus ke gawang lawan walaupun ditepis penjaga gol.

Kemasukkan Liridon dan Akhyar Rashid memberikan tenaga yang lebih sempurna di bahagian tengah dengan beberapa gerakan cantik, namun tidak berupaya menghasilkan jaringan. Keputusan penuh perlawanan JDT menang 2-1.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor

FOTO: JOHOR Southern Tigers