JDT kongsikan ‘Last update’ Stadium Sultan Ibrahim

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berkongsi pemandangan dan suasana Stadium baharu JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Dalam entry terbaharu laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers turut memberitahu ia merupakan kemaskini terakhir sebelum diperkenalkan sebagai gelanggang rasmi JDT bermula musim 2020.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat mencemar duli bersama beberapa pemain JDT untuk mencuba padang baharu yang semakin segar.

Antara pemain JDT yang kelihatan, Kapten JDT, Hariss Harun, Natxo Insa dan Kiko Insa.

Pembinaan Stadium Sultan Ibrahim merupakan antara perancangan dan impian TMJ dalam menjadikan pasukan JDT serba lengkap disamping terbina pejabat rasmi JDT.

Sebelum ini, TMJ menambah, ianya merupakan sebahagian projek jangka panjang JDT selain membina Hotel JDT, Pusat Perubatan JDT (JDT Medical Center), dan Pusat latihan JDT.