JDT mengekalkan konsistensi dengan perbaiki setiap kelemahan

Apabila sebut saja nama JDT pastinya akan menjadi bualan warga pencinta bolasepak mahupun haters setiap kali perlawanan tidak kira di pentas domestik mahupun antarabangsa. Dengan pujian atas prestasi cemerlang JDT yang mengungguli kedudukan liga super dan berjaya menyaingi pasukan elit di pentas AFC Champions League, tidak terlepas juga kritikan yang diterima JDT sepanjang musim ini.

Semuanya adalah JDT mengambil kisah dari setiap segi tak kira dalam padang mahupun luar padang. Perkara dalam padang mungkin kita boleh perkatakan persembahan yang diharapkan oleh para peminat untuk mencipta kemenangan di saingan liga. Dan pastinya kita juga pasti berbangga dengan JDT yang berjaya memberi tentangan sengit buat pasukan elit di pentas tertinggi.

Diogo diasak pemain pertahanan Kashima Antlers pada aksi pertama AFC Champions League Kumpulan E. Foto: the-afc.com

Tewas 1-2 keatas Juara Bertahan, Kashima Antlers di tempat lawan, dan Seri 1-1 dengan Naib Juara K-League, Gyeongnam FC. Rata-rata peminat beranggapan JDT hanya sebagai pelengkap kejohanan, malah haters JDT mahukan JDT dibelasah teruk oleh kelab2 gergasi sama seperti Perak yang tewas 1-5 kepada Ulsan Hyundai pada aksi kelayakkan.

Tetapi percaturan JDT melalui Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah berketetapan dengan misi untuk beraksi dan telah bersiap sedia dari tahun sebelumnya. Antaranya membawa masuk pertahanan SS Lazio, Mauricio dan Penyerang sensasi Burriram United yang juga penjaring terbanyak Thai League musim 2018

Bagi saingan liga domestik, kelemahan yang dikenalpasti cepat diperbaiki dengan membawa semula Leandor Velazquez untuk terus meletakkan JDT kekal di top of the league. Tindakan mengeluarkan Aaron Niguez, tindakan yang mengejutkan ramai, tetapi TMJ pantas lebih mengetahui apa yang perlu dibuat untuk kelab.

Tidak hanya tertumpu dalam padang, JDT terus mencari inisiatif untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan terus dengan visi dan misi pembangunan bolasepak. Baru-baru ini, TMJ terbang ke Itali bagi mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pemilik Juventus untuk menjalikan kerjasama dan kolaborasi antara JDT dan Juventus.

JDT dan Juventus mencapai persetujuan untuk bekerjasama dalam pembangunan bolasepak. Foto: JOHOR Southern Tigers

Rumusan dari pertemuan itu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan dengan memberi gambaran pembangunan akar umbi, pembangunan sukan, akademi JDT, segala aspek bolasepak akan terus dipertingkatkan. Malah blue-print yang dilakukan JDT bersama Borussia Dortmund, Valencia dan beberapa kelab Jepun telah memberi impak buat pasukan junior dan senior.

Kesimpulan yang boleh dikatakan, JDT mengekalkan konsistensi dengan senantiasa memperbaiki kelemahan dengan langkah pantas demi memastikan hala tuju JDT tercapai. Konsistensi adalah kejayaan.