JDT menjamu selera untuk pemain

Kelab Bolasepak JDT hari ini mengadakan Makan Malam selepas sesi latihan petang tadi di perkarangan Pejabat JDT HQ di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Perkara itu dikongsi menerusi Laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Berangkat mencemar duli, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan family.

Acara makan malam sememangnya sinonim dengan kem JDT yang dilihat sebagai penghargaan buat pemain dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam JDT termasuk pasangan masing-masing.

JDT akan turun beraksi sabtu ini menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim dalam misi mengutip hanya 6 mata dari baki 4 perlawanan bagi mengesahkan kejuaraan liga untuk 7 tahun berturut-turut.