JDT mudah tundukkan Pahang

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menundukkan musuh tradisi, Pahang di Stadium Darul Makmur semalam dengan jaringan tipis 3-2 selepas kembali beraksi setelah Liga Malaysia ditangguhkan hampir 5-6 bulan.

JDT turun dengan kesebelasan terbaik dengan membawa masuk Ramadhan Saifullah bagi menggantikan Safawi Rasid di posisi sayap kanan. Manakala S. Kunanlan kembali mengambil posisi di bek kanan mengganti Matiew Davies selain Fadhli Shas dan Natxo Insa.

JDT yang terlebih dahulu selesa mendahulu 3-0 seawal 30 minit pertama hasil jaringan cantik Leandro menerusi sepakan percuma pada minit ke-5. Ramadhan Saifullah yang membuat penampilan pertama bersama JDT di saingan Liga Super berjaya membuktikan kemampuannya untuk meledak gol kedua pada minit ke 15.

Foto: JST

Ramadhan sekali lagi memberikan advantage buat JDT selepas dijatuhkan di dalam kotak penalti sekaligus memberikan gol ke-3 yang disudahkan dengan kemas oleh Gonzalo Cabrera.

Namun pasukan tuan rumah kembali bangkit akibat kecuaian penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang tertewas dari kawalan membuatkan Faisal Halim menolak bola masuk ke gawang JDT.

Berbaki beberapa minit sebelum tamat, Herold Goulon mengurangkan defisit jaringan menjadikan 2-3 pada minit 45.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Foto: JST

2 percubaan JDT gagal disempurnakan

Masuk separuh masa kedua, JDT dilihat lebih stabil dan kedua-dua pasukan seimbang memburu jaringan. Kemasukkan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz dilihat membawa perubahan di jentera serangan.

JDT yang mempunyai peluang menerusi Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian melepaskan rembatan namun berjaya ditepis keluar oleh Penjaga Gol tuan rumah.

Kedudukan 2-3 tamat sehingga wisel perlawanan menyaksikan skuad Harimau Selatan kekal di persada liga dengan 13 mata.

Foto: JST