JDT perkenal empat jenis tempat duduk Stadium Sultan Ibrahim

Sepertimana yang sedia maklum, Stadium Sultan Ibrahim yang bakal menjadi ‘home ground’ pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan dilancarkan dan digunakan secara rasmi mulai musim 2020.

Antara menjadi keutamaan dan perhatian buat para penyokong adalah kedudukan tempat duduk dan kategori susunan bagi setiap ‘tier’ bagi memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kesayangan.

Image
JOHOR Southern Tigers mengongsikan empat jenis tempat duduk untuk para penyokong dan tetamu. Foto: JST

Laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers telah berkongsi maklumat mengenai tempat duduk. Berikut adalah empat jenis tempat duduk untuk para penyokong dan tetamu.

1. ROYAL BOX
2. GRANDSTAND
3. UPPER TIER
4. LOWER TIER

Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mempunyai kapasiti 40,000 penyokong turut mempunyai kemudahan untuk kegunaan para penyokong ketika melawat stadium ikonik ini antaranya ialah sebuah Ruang Kelab Penyokong Rasmi, 5 Bilik untuk Solat dan 5 Pejabat Jualan Tiket.

Kemudian lain adalah 29 Kedai termasuk gerai jualan cenderahati ‘Official’, 4 Restoran termasuk kafeteria dan 4 ‘Photobooth’ Interaktif.

Foto: JST