JDT sedia 2 unit Mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ untuk Pemain

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menyediakan 2 unit Mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ dan siap dipasang hari ini dan kegunaan para pemain JDT.

Peralatan terkini dan canggih ini dapat membantu pemulihan dan penyembuhan pemain kerana kelab mahu terus menetapkan penanda aras untuk evolusi bola sepak di Asia Tenggara. Penambahan peralatan terkini fasiliti JDT ini membantu pemulihan para pemain daripada latihan, kecederaan dan kekuatan pemain secara fizikal.

Usaha yang diambil oleh JDT untuk terus memperbaiki infrastruktur kelab adalah sejajar dengan aspirasi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mahu melihat Harimau Selatan melangkaui batasan. DYAM Tunku Ismail menyematkan dalam fikiran semua di kelab bahawa “JDT adalah perintis, bukan muzium.”

Ianya dikongsikan di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.