JDT-Selangor catat lebih 1juta tontonan di Youtube

Pertembungan JDT menentang Selangor malam tadi di Stadium Sultan Ibrahim berjaya mencatat tontonan lebih 1juta di Youtube Unifi setakat jam 12.00 tengahari tadi (20 September 2020).

Perlawanan yang disiar secara langsung menerusi Youtube Unifi yang berdurasi penuh 2jam 58 minit 50 saat (2:58:50) menyaksikan tontotan mencecah 1,085,898 tontonan dan jumlah itu terus naik.

Dalam perlawanan tersebut JDT menumbangkan Selangor dengan jaringan besar 6-1 sekaligus menghampiri kejuaraan Liga Super Malaysia untuk 7 musim berturut-turut.

Melihat kepada perkembangan ini, Penaja penyiar rasmi TM atau Unifi wajar mempertimbangkan Laman Youtube unifi sebagai medan siar langsung perlawanan membabitkan Liga Malaysia.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua peminat dan penyokong bolasepak JDT dan Selangor serta semua penonton bolasepak Malaysia.

Foto: JOHOR Southern Tigers