JDT selesa tewaskan Perak

JOHOR BAHRU: Semangat juang dan komitmen tinggi menjadi faktor utama Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu menewaskan Perak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Ia pandangan pengendali JDT, Raul Longhi sambil mengakui pemainnya sukar menjinakkan skuad The Bos Gaurus yang jelas mampu menyaingi setiap pergerakan pemain Harimau Selatan. Beliau jelas kurang senang dengan mutu persembahan pada babak pertama apabila pemain gagal memperagakan aksi konsisten dan kerap hilang tumpuan sehingga memberi ruang lawan menguasai posisi tengah. “Gembira dengan keputusan. Gembira dengan tiga mata tetapi kami harus memperbaiki corak permainan yang longgar terutama pada babak pertama apabila kami tidak bermain seperti biasa dan sering hilang bola di tengah padang. “Memang sukar menentang Perak, mereka bermain pantas dan kerap menguasai kawasan tengah. Malah mereka memiliki penyerang berbahaya namun saya puji benteng pertahanan yang tampak tenang menghalang beberapa gerakan berbahaya. “Pada babak kedua kami sajikan corak permainan berbeza dengan menguasai posisi tengah dan Nazmi (Faiz Mansor) serta Hariss yang tenggelam pada babak pertama beraksi dengan baik, menguasai bahagian itu,” katanya. Pada masa sama, Longhi menafikan pasukannya merindui kelibat Natxo Insa yang masih dalam proses pemulihan dan ketiadaan pemain itu menjejaskan posisi tengah. Longhi berkata, pemain sedia ada mampu menggalas tugas di posisi berkenaan dan sentiasa berkerja keras untuk menguatkan jentera tengah. Katanya, Insa mungkin dapat diturunkan dalam tempoh seminggu lagi dan pemain itu sudah mula menjalani latihan namun perlukan masa untuk pulih sepenuhnya bagi menguatkan semula posisi tengah. Mengulas mengenai penampilan pertama import baharu JDT, Fernando Marquez, pengendali kelahiran Argentina itu menegaskan dia hanya turun berlatih sehari sebelum aksi menentang Perak dan latihan itu diadakan sebaik tiba dari Argentina. “Fernando tetap beri komitmen tinggi walaupun melakukan penampilan pertama dan saya tahu dia tampak penat sebab itu saya mengeluarkannya pada minit ke-68. Saya optimis dia akan menyesuaikan diri dalam tempoh terdekat,” kata Longhi.

4 thoughts on “JDT selesa tewaskan Perak

  1. I enjoy you because of all of your effort on this blog. Debby enjoys conducting internet research and it’s easy to see why. A number of us hear all about the compelling manner you create efficient guides by means of the blog and boost contribution from other ones about this article and my child is being taught a great deal. Enjoy the remaining portion of the new year. You’re carrying out a fantastic job.

  2. Needed to send you the very little word to finally thank you so much the moment again regarding the spectacular techniques you have shared on this site. This has been simply surprisingly open-handed with you to present unreservedly what most of us would’ve sold for an electronic book to help make some money on their own, precisely seeing that you might well have tried it in the event you wanted. Those tactics in addition worked to become great way to realize that someone else have the same keenness similar to my very own to realize significantly more with reference to this problem. I know there are some more pleasurable situations up front for people who scan through your website.

Leave a Reply

Your email address will not be published.