JDT semakin hampiri kejuaraan kelima Liga Super

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir menjulang kejuaraan liga untuk kali kelima berturut-turut musim ini selepas membelasah Melaka United 4-0 malam tadi.

JDT meneruskan rentak kemenangan dan mudah menewaskan Melaka United di tempat lawan dengan berbaki 5 perlawanan perbezaan 13 mata di belakang pencabar terdekat.

JDT mula peroleh gol pertama menerusi Fernando Marquez pada minit 41 hasil umpanan cantik Fernando Elizari di separuh masa pertama. Separuh masa kedua,  Fernando Elizari pula mencetak nama selaku penjaring pada minit 54 diikuti ledakan Safawi Rasid pada minit 64.

Pemain gantian, Nazmi Faiz Mansor meletakkan JDT selesa 4-0 pada minit 90 sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin.

JDT boleh meraikan kegembiraan lebih awal jika berjaya menewaskan Perak pada aksi seterusnya sekaligus menjarakkan kedudukan pencabar dan terus ditabalkan sebagai juara liga meskipun berbaki 4 perlawanan selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.