JDT sepatut menang 2-1 ke atas Pahang?

Walaupun JDT bermain 10 orang dalam tempoh 45 minit atau separuh masa kedua, JDT dikatakan sebenarnya telah menjaringkan gol pada minit 58 melalui rembatan Safawi Rasid dimana bola telah pun melepasi garisan gol.

Namun gol itu tidak dikira pengadil begitu juga penjaga garisan yang gagal melihat keadaan dan situasi sebenar. Ianya pergerakkan cantik Corbin Ong yang membuat hantaran ke tengah apabila melihat Safawi berseorangan sebelum melepaskan rembatan ke palang dan melantun masuk melepasi garisan gol.

Pada separuh masa pertama juga, JDT sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti berikutan Mark Herold telah menolak dan menjatuhkan Diogo betul-betul dalam kotak penalti. Bagaimanapun, pengadil Zohri Tajuddin enggan melakukan sesuatu sebaliknya meneruskan pemain.

Melihat keadaan Diogo yang diterjah keras menunjukkan reaksi pengadil sepatutnya memberikan sepakan penalti, akibat kekasaran yang dilakukan seterus kad kuning wajar diberikan.

Jaringan Cabrera seawal minit ke 5 menerusi lorongan cantik Leandro. Video @MFL_Live

Apapun keputusan semalam, pengadil telah memutuskan jaringan kekal dengan masing-masing peroleh 1 gol menerusi Gonzalo Cabrera pada minit 5 dan Mark Herold Goulan pada minit 36 sekaligus mengesahkan kedua-dua pasukan hanya mengutip 1 mata.

Keputusan itu juga menyaksikan JDT terus kekal berada di persada liga dengan rekod tanpa kalah dan diikuti Pahang, Selangor serta Kedah. Artikel: HSTV