JDT tak kasi peluang langsung buat PKNP untuk raih kemenangan

IPOH: Juara Liga Super Malaysia 5 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti dijangka mudah untuk mengatasi PKNP FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Perak, malam tadi.

Skuad JDT turun dengan majoriti dibarisi pemain simpanan antaranya penjaga gol, Izham Tarmizi, Adam Norazlin, Nazmi Faiz, dan Syafiq Ahmad. JDT turut berjaya menguasai perlawanan di babak pertama meskipun gagal mencari gol. Begitupun kejayaan tidak mudah buat anak buah Raul Longhi yang terpaksa menunggu selama 73 minit untuk memecah kebuntuan.

Dua percubaan Hazwan Bakri sedikit tersasar pada minit ke-13 dan 39 adalah sedikit gambaran perjalanan yang didominasi sepenuhnya anak buah Raul Longhi.

Usaha dan kerja keras juga berhasil apabila Fernando Marquez melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Syazani Mat Puat pada minit 73, sebelum hantaran lintang Hazwan Bakri kepada Syafiq Ahmad meletakkan JDT selesa mendahului 2-0 pada minit 75.

Syafiq Ahmad ledak gol kedua buat JDT. Foto: JOHOR Southern Tigers

Bagaimanapun pemain gantian, Fandi Ahmad merapatkan jurang buat tuan rumah pada m-78 tetapi gol penyamaan diharapkan tidak menjelma hingga ke wisel penamat.

Foto: JOHOR Southern Tigers