JDT terus konsisten. Belasah Perak 7-0

Image may contain: 3 people, outdoor

Skuad bimbingan Benjamin Mora nampaknya tidak menoleh kebelakang untuk terus mengejar kejuaraan ke-7 selepas membelasah teruk Perak dengan 7 gol tanpa balas di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

JDT yang turun kesebelasan sama ketika bertemu Pahang minggu lalu memulakan aksi seimbang sebelum Afiq Fazail memulakan kempen gol pada minit ke 22. Gonzalo Cabrera berjaya mencipta gol hasil umpanan Leandro pada minit ke36 sebelum menghadiahkan gol menerusi sepakan penalti selepas Diogo dijatuhkan.

Selang masa kecederaan, Ramadhan Saifullah meledak gol ke-4 buat JDT dan gol kedua dalam 2 perlawanan buat dirinya menjadikan kedudukan tamat separuh masa 4-0.

Masuk babak kedua, JDT terus mengatur serangan, beberapa percubaan dilakukan namun terhalang dari pertahanan. Diogo hampir meletakkan nama selaku penjaring namun pertahanan terlebih dulu menolak bola keluar.

Image may contain: 3 people, people playing sports, people standing and outdoor
FOTO JST
Image may contain: one or more people, people playing sports, child and outdoor
FOTO: JST

Diogo sekali lagi memberi peluang buat Cabrera mencipta hatrik malam ini pada minit 63 untuk meletakkan JDT mendahului 5-0. Kemasukkan Safawi, Akhyar dan Safiq Ahmad turut melancarkan ancaman kepada pihak lawan.

Setelah percubaan pertama Safawi gagal selepas berjaya ditepis keluar penjaga gol, Diogo memberikan lorongan baik buat Safawi untuk meledak gol ke-6 pada minit 79. Gerakan sebelah kanan terhasil menerusi Safawi, gerakan sebelah kiri juga menunjukkan peranan sama apabila Akhyar turut meletakkan nama sebagai penjaring pada minit 84.

Pasukan pelawat Perak hanya memiliki 2-3 peluang sepanjang perlawanan. Dilihat hampir secara keseluruhan, pemain skuad Mehmet seakan hilang akal untuk melancarkan serangan dan terlebih awal dipatahkan tuan rumah.

Image may contain: one or more people and stadium
FOTO JST

Jaringan 7-0 ini merupakan jaringan terbesar yang dicipta JDT di arena Stadium Sultan Ibrahim dan kemenangan ini meletakkan JDT berada di puncak liga dengan jarak pemisah 6 mata. Ini berikutan pencabar terdekat Terengganu tewas 0-1 kepada Melaka United.