JDT terus kukuhkan persada liga

Kelab Bolasepak JDT terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super Malaysia selepas membenam cabaran PKNP FC dengan jaringan mudah 3-0 semalam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

JDT turun dengan kesebelasan berbeza dengan memasukkan Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz di bahagian serangan dan tengah sambil mengekalkan Diogo dan Cabrera sebagai gandingan baharu.

JDT peroleh gol pertama menerusi Leandro Velazquez selepas lorongan yang dilakukannya kepada Diogo berjaya ditampan penjaga gol pelawat sebelum Leandro kembali meledak untuk kedudukan 1-0 pada minit 28.

Gerakan yang dibawa Diogo melepasi 2 pemain pertahanan berjaya lolos sebelum seorang daripadanya bertindak membuat terjahan keras dari belakang. Tindakan tersebut membuatkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat JDT.

Cabrera meraikan jaringan gol ketiga bersama-sama Diogo dan Leandro. Foto: JOHOR Southern Tigers

Diogo yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan penjaga gol PKNP untuk terus mendahului 2-0 pada minit 36. Berselang 4 minit kemudian, gerakan pantas dari Farizal yang terus mencari Cabrera untuk terus menyerang sebelum melorongkan kepada Diogo Santo.

Penjaga gol PKNP yang turut meluru kehadapan tanpa berfikir panjang telah menjatuhkan Diogo untuk memberi isyarat pengadil bagi memberikan sepakan penalti buat kali kedua untuk JDT.

Kali ini, sepakan penalti disudahkan oleh Cabrera pada minit 40 dengan meletakkan JDT pada kedudukan selesa 3-0 sebelum berakhir babak pertama.

Babak kedua, beberapa pertukaran dengan mengeluarkan Cabrera dan memasukkan Safawi Rashid dan menggantikan Hariss Harun dengan Afiq Fazail. Percaturan tersebut terus mengancam kubu lawan dengan beberapa percubaan menarik.

Safawi hampir mencipta jaringan namun sepakan percumanya sedikit tersasar. Akhyar Rashid dan Diogo Santo berpeluang menambah gol masing2 namun berjaya diselamatkan penjaga gol dan pertahanan pelawat.

Kemasukkan Syazwan Andik dengan menggantikan Corbin Ong turut membantu jentera tengah untuk mengekalkan momentum persembahan.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat dengan 3 mata diperolehi untuk terus menggungguli takhta liga. JDT akan turun lagi di Stadium Larkin untuk berhadapan dengan kelab dari Korea, Gyeongnam FC bagi aksi AFC Champions League pada selasa.