JDT tidak beri peluang langsung buat Perak

Juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim menewaskan Perak 3-0 malam tadi di Stadium Perak untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada 19 perlawanan musim ini.

Skuad The Bos Gaurus menyusun serangan pada awal perlawanan namun peluang yang dicipta tidak dapat disudahkan oleh Ronaldo dan Careca. Pasukan pelawat memperolehi gol pendahuluan pada minit ke-37 menerusi Leandro Velazquez yang menjaringkan gol hasil umpanan Safawi Rasid.

Tiga minit selepas babak kedua berlangsung, Velazquez sekali lagi merobek gawang Perak dengan rembatan yang menarik. Perak tidak putus asa dan menggandakan usaha untuk mencari gol, namun serangan mereka tidak berhasil.

Akhirnya, JDT menambah jaringan pada minit-minit akhir perlawanan dengan gol ketiga menerusi Akhyar Rashid selepas gerakan 1-2 dengan Nazmi Faiz Mansor membuahkan hasil.

JDT akan terus mengukuhkan rekod tanpa musim ini dengan bakal menerima kunjungan Petaling Jaya City FC pada 9 Julai ini di Stadium Larkin.