JDT umum pemain baharu musim 2021

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengumumkan Camela Dos Santos sebagai pemain import baharu bagi musim 2021 bagi menggantikan Diogo Santo yang akan berhijrah kembali ke Thailand.

Pengumuman itu dibuat TMJ pada sidang bersama media petang tadi di Pejabat JDT HQ, Iskandar Puteri. Turut diumumkan pemain tempatan baharu, Daniel Amir yang akan bersama JDT mulai Disember ini.

Camelo Dos Santos merupakan pemain dari Brazil berusia 32 tahun, dan kini bermain bersama kelab di Liga Mexico. Maklumat lanjut mengenai pemain akan kami kongsikan kemudian.

Daniel Amir seorang pemain muda yang sedang meningkat naik menjadi produk JDT untuk jangka masa panjang. Menurut TMJ, kelab sebelum ini cuba mendapatkannya dari Felda United, namun klausa pelepasan yang tinggi menyebabkan JDT tidak bersetuju untuk mengikat pemain tersebut lebih awal.

Dalam perkembangan lain, TMJ turut mengumumkan Diogo Santo akan beraksi bersama JDT untuk saingan Piala Malaysia sebelum berhijrah dan kekosongan di saingan AFC Champions League akan diisi oleh Fernando Rodriguez.