JDT waspada ancaman 2K

Image may contain: 4 people, people standing

Gandingan serangan Kedah yang diterajui Kpah Sherman dan Kipre Tchetche mampu menjadi pemusnah Johor Darul Ta’zim (JDT) seandainya kedua-dua pemain itu tidak diawasi pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Justeru, pengendali JDT, Benjamin Mora mahu benteng pertahanan skuad Harimau Selatan supaya lebih fokus dan tidak mudah terpedaya dengan helah kelibat `2K’ itu yang dianggap bijak menghidu peluang terhidang bagi menjaringkan gol.

“Mereka memiliki dua pemain serangan yang berbahaya dan kita harus lebih waspada dengan Kpah (Sherman) yang begitu licik ketika bersama PKNS FC dan Kipre (Tchetche) juga tidak kurang hebat ketika menyertai Terengganu FC.

Image may contain: 1 person

“Persiapan Kedah untuk menentang kami juga tampak hebat tatkala mereka adalah pasukan hebat dan apabila JDT dan Kedah bertembung, ia pasti menjadi perlawanan yang menarik dan ia terbukti ketika aksi final Piala Malaysia musim lalu.

“Kami juga sudah membuat persiapan rapi dan kemasukan beberapa pemain terutama Liridon Krasniqi dan Matthew Davies memantapkan lagi JDT di posisi tengah dan pertahanan dan saya lihat kedua-dua pemain itu cepat menyesuaikan diri dengan falsafah permainan JDT,” katanya.

No photo description available.

Rekod pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia dalam aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu sejak 2017 tampak seimbang apabila Kedah terlebih dahulu menjulang piala berkenaan selepas menewaskan JDT 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti tatkala aksi 90 minit permainan terikat 1-1.

Namun pada aksi musim 2018, JDT kembali bangkit untuk menewaskan skuad Lang Merah dengan kemenangan 2-1 dan terus mengekalkan piala berkenaan selama dua musim berturut-turut selepas menewaskan Perak 1-0.

FOTO: JOHOR Southern Tigers