JDTII kecundang di tangan Sarawak United

Image may contain: 11 people, outdoor

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) terpaksa akur dengan kekuatan Sarawak United selepas tewas 1-4 di Stadium Kuching, Petrajaya pada perlawanan kedua Saingan Liga Premier Malaysia 2020.

JDT II tampak terkulai layu selepas dibolosi dengan 3 gol tanpa balas. Gol pertama tuan rumah dijaringan oleh Mohamad Alif Hassan pada minit ke 25’ sebelum Patrick Ronaldinho menambah gol kedua pada minit 35’.

Sarawak United yang diketuai pemain lagenda JDT dan Kebangsaan, Amri Yahya tidak mengalah untuk terus meledak gol ketiga. Kali ini menerusi Demerson Bruno Costa sebelum masa tamat separuh masa 45’+2.

Babak kedua JDT II cuba bangkit merapatkan defisit jaringan apabila Che Rashid Che Halim berjaya mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-72. Namun Sarawak United ternyata lebih bernafsu untuk terus memburu jaringan dan kesudahannya terhasil pada minit 78 menerusi Patrick Ronaldinho.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Ini merupakan kekalahan pertama JDT II saingan musim 2020 selepas menang 2-1 mengatasi Negeri Sembilan pada perlawanan pertama. JDT II akan turun pada perlawanan ke-3 melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin.