Jersi baharu JDT 2020 dilancarkan pada 1 Februari

Jersi baharu pasukan JDT bagi musim 2020 bakal dilancarkan pada 1 Februari 2020 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan seluruh pekan daerah di Johor yang diadakan serentak.

JDT yang masih mengekalkan jersi keluaran NIKE bagi tahun ketiga bakal memberikan kejutan baru tambahan lagi JDT akan beraksi di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja turut mendedahkan bahawa JDT akan lebih lama bekerjasama dengan NIKE dan akan melibatkan perancangan jangka masa panjang yang penuh aspirasi pada masa hadapan.

Ianya dibuktikan menerusi logo NIKE terpampang di kerusi tempat duduk di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain dari majlis pelancaran ini, JDT juga menganjurkan satu karnival untuk para penyokong dan orang ramai yang akan berlangsung dari 1 hingga 2 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi.

Bagi pembeli jersi pada malam itu akan menjadi yang terawal memiliki jersi musim 2020 ini dan juga berpeluang mendapat pas masuk edisi terhad ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

SAKSIKAN KEJUTAN ‘IMMERSION ROOM’

JDT bakal menyaksikan kejutan menerusi ‘Immersion Room’ yang menjadi salah satu tarikan karnival tersebut.

‘Immersion Room’ ini kembali atas respons positif dari penyokong yang merasai pengalamannya ketika majlis sambutan kejuaraan Liga Super tahun lalu. Tema kali ini adalah berkaitan jersi dan pastinya akan memberikan pengalaman berbeza kepada para penyokong.

Semua para penyokong adalah dijemput hadir ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula jam 8.00malam bagi menyaksikan upacara pelancaran Jersi Baharu JDT musim 2020 dan dapatkan jersi terbaharu dengan peluang mendapatkan pas masuk ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Image may contain: one or more people and text