Jersi baharu JDT diperkenalkan pada 12 Januari ini

Amat dinanti-nantikan seluruh penyokong bolasepak JDT, jersi baharu bagi musim 2019 akan menjadi sejarah baharu apabila menerima sentuhan khas dari jenama terkemuka dunia, NIKE.

Menurut laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, Majlis pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan akan berlangsung pada 12 Januari 2019 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Rekabentuk jersi baharu JDT keluaran Nike yang direka khas di ibu pejabat Nike Amerika Syarikat ini pastinya bakal menggamit tarikan para penyokong Harimau Selatan serta pemerhati bola sepak tempatan.”

JDT telah lebih 3 tahun dan merupakan satu-satunya pasukan dalam negara mengunakan kit jenama NIKE kini akan terus melebarkan penguasan apabila menerima pengiktirafan buat pasukan juara 5 kali berturut-turut.

Semua para penyokong, orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai di Majlis Pelancaran Jersi Baharu bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sumber Foto: JOHOR Southern Tigers