Jersi istimewa JDT dilancar minggu kedua Januari 2019

Jersi terbaharu pasukan JDT dijangka akan dilancarkan pada Januari minggu kedua tahun 2019 sepertimana yang dirancangkan. JDT yang menerima penajaan kit dari jenama terkemuka dunia NIKE telah memberi pengiktirafan apabila pihak NIKE bersetuju untuk merekabentuk jersi terbaharu JDT bagi musim 2019.

“Jersi terbaru Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) 2019 yang direka khas oleh Ibu Pejabat NIKE di Amerika Syarikat telah siap sepenuhnya dua bulan lepas. Alhamdulillah ia kelihatan sangat baik. JDT telah membuat keputusan untuk melancarkannya pada minggu kedua bulan Januari 2019. Kami akan memberikan info terkini mengenai pelancaran jersi ini dari semasa ke semasa.” – Titah YAM Tunku Aminah, Tunku Puteri Johor merangkap Presiden JDT

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Dalam pada itu, Jersi tersebut juga turut akan digunakan dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2019 sebagai penghargaan dan pengiktirafan buat kelab kerdil seperti JDT beraksi di liga utama Asia.