Kejohanan yang diadakan sebanyak empat siri itu menawarkan hadiah keseluruhan RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada semua peminat sukan berkenaan.

“Seramai 256 pemain akan dipilih berdasarkan ranking mereka. Setakat ini, 280 orang sudah mendaftar dan hanya dikenakan yuran sebanyak RM20.

“Kita berharap pertandingan ini akan dapat mempromosikan lagi e-sport dalam kalangan rakyat dan Johor mampu menjadi hab e-sport di selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara  Sports Johor dan Consolwar, di sini sebentar tadi.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
YB. Mohd Khuzzan Abu Bakar menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Sport Johor dan Consolewar semalam. Foto: FB. Consolewar HQ

Sports Johor diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, On Jabbar@Ja’afar, manakala Consolewar oleh Pengarah Urusannya, Nazirul Afiq Mohd. Amin.

Selain peserta tempatan, kejohanan yang dijangka dapat menarik lebih 5,000 orang itu turut disertai pemain dari Singapura dan Brunei. – UTUSAN