Jom Undi JDT untuk Anugerah AFC Cup Club Of The Decade

Johor Darul Ta’zim sekali lagi mendapat sorotan antarabangsa apabila dicalonkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi anugerah AFC Cup Club Of The Decade.

Perkara ini diumumkan oleh pihak AFC sendiri dimana selain juara edisi 2015 itu, mereka turut mencalonkan 4 kelab lain yang telah menampilkan prestasi cemerlang sejak edisi 2010 lalu.

Antara kelab yang tercalon bagi anugerah tersebut ialah kelab dari Iraq, Air Force Club yang memenangi saingan sebanyak tiga kali berturut-turut dari edisi 2016 hingga 2018.

Seterusnya ialah Kuwait SC yang pernah muncul juara sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2009, 2012 dan 2013. Satu lagi kelab dari Kuwait, Qadsia FC turut tercalon dimana kelab tersebut memenangi Piala AFC pada 2014 lalu dengan menewaskan Erbil.

Juara edisi 2019, Al Ahed dari Lebanon turut dicalonkan dimana kelab ini hanya dibolosi tiga gol dalam perjalanan mereka muncul sebagai juara.

Anda boleh mengundi Johor Darul Ta’zim bagi anugerah AFC Cup Club Of The Decade di laman web rasmi AFC. Klik disini