Kami berdua adalah mangsa kepada orang yang tidak tahu mengenai bolasepak

Kami berdua adalah mangsa kepada orang yang tidak tahu mengenai bola sepak:

1. Kami selalu mengatakan perkara yang benar

2. Kami benar-benar sayangkan bola sepak

3. Kami tidak berdiplomasi, kami terlalu berterus-terang

‘The Bad Guys’

Itu adalah antara yang diperkatakan merujuk kepada status terkini laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers mengenai pertemuan Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan Lim Teong Kim di Johor Bahru, petang tadi.

Menerusi entry tersebut, menjelaskan bahawa mereka berdua adalah mangsa kepada mereka yang tidak tahu mengenai bolasepak selain berkata benar mengenai bolasepak dan orang yang sayangkan bolasepak.

Namun tiada perkembangan lain yang dimaklumkan selain merujuk kepada khabar angin bahawa Lim akan berkhidmat di Akademi JDT.

Isu terkini dan heboh diperkatakan bahawa Lim yang bakal tamat kontrak bersama NFDP dan AMD dan kenyataannya yang akan pulang Munich jika kontraknya tidak diperbaharui.

Lim Teong Kim juga sebelum ini menasihatkan kepada pemain-pemain AMD yang ingin menyambung karier bolasepak untuk menuntut di Akademi JDT. Ianya adalah sebab JDT memiliki akademi yang menepati standart dan piawaian antarabangsa sebagai sebuah kelab bolasepak dengan pembangunan akar umbi yang tersusun selain dilengkapi fasiliti, pusat latihan dan keperluan bolasepak yang terbaik.

Foto: JOHOR Southern Tigers