Kashima Antlers antara calon pesaing JDT di AFC Champions League 2019

Tempat ketiga Liga 1 Jepun, Kashima Antlers mengesahkan kedudukan dan akan menyertai peringkat ‘Playoff East 3.4’ sekaligus antara calon yang akan bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kumpulan E AFC Champions League musim 2019.

Kashima Antlers yang juga juara bertahan AFC Champions League akan terus mempertahankan gelaran yang disandang dengan menunggu pemenang ‘Playoff East 2.4’ sama ada Newcastle Jets dari Australia atau pemenang antara wakil Singapura, Home United dan Juara Liga 1 Indonesia yang akan berlangsung pada 19 Februari 2019.

Jika layak ke kumpulan E, Kashima Antlers akan membuka tirai saingan bertemu JDT di Kashima Soccer Stadium pada 5 Mac 2019 sebelum bertemu semula di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada 8 Mei 2019.

KASHIMA ANTLERS (JPN) – Tianjin Quanjian FC (CHN) AFC Champions League Quarter Finals at the Kashima Soccer Stadium , Kashima , on 28 Aug, 2018 in IBARAKI , Japan Photo by Kenta Harada /Agence SHOT