Kedah gagal leburkan rekod tanpa kalah JDT

Hasrat tuan rumah Kedah untuk meleburkan rekod tanpa kalah JDT gagal apabila hanya sekadar seri 1-1 di Stadium Darul Aman semalam.

Perlawanan ke-7 pastinya memberi kesan berbeza buat kedua-dua pasukan selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa. JDT pastinya mahu terus kekal dipersada liga dan Kedah mahu ekori rapat pendahulu di belakang Pahang.

JDT terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi Safawi Rasid hasil sepakan percuma cantik di luar kotak penalti pada minit 10. Beberapa peluang keemasan dimiliki JDT namun gagal disudahkan ke jaring tuan rumah disamping kecekapan penjaga gol Kedah.

Kealpaan pertahanan JDT membawa kepada jaringan penyamaan sebelum berakhir separuh masa pada minit ke 30 menerusi Fernando Rodriguez yang menanduk masuk menewaskan Farizal Marlias.

Separuh masa kedua, JDT menguasai perlawanan dengan banyak percubaan ke arah gol namun sekali lagi kecekapan penjaga gol menafikan jaringan.

Beberapa kontroversi timbul dengan pengadil perlawanan yang cuba menafikan beberapa amaran dan tindakan yang perlu diambil ke atas pemain pasukan tuan rumah antaranya tindakan seorang pemain melayangkan kaki ke muka Safawi Rasid.

Keputusan 1-1 tamat sehingga wisel terakhir. JDT kini mengutip 17 mata selepas 7 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Foto: JOHOR Southern Tigers