KFA cuba sebar maklumat tak tepat isu Akhyar

JDT akui terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Media KFA berhubung status perpindahan bekas pemainnya, Akhyar Rashid. Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edward berkata kenyataan tersebut cubat manipulasi bagi mengelirukan para penyokong.

“Kami terkejut melihat akaun media sosial milik Kedah FA yang cuba memanipulasi penyokong dengan menyebarkan maklumat kurang tepat berkenaan pengumuman Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa Harimau Selatan sedang berunding dengan pemain ejen bebas, Akhyar Rashid.”

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak perlu untuk menghubungi Kedah FA kerana Akhyar adalah pemain ejen bebas selepas menamatkan kontrak beliau dengan Kedah. Pampasan yang perlu dibayar oleh JDT kepada Kedah jika Akhyar bersetuju menandatangani bersama JDT telah pun ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas rundingan yang dibuat berdasarkan undang-undang bola sepak.”

Akhyar diisytihar sebagai ejen bebas (Free Agent) dua minggu lalu oleh Jawatankuasa Status FAM mengenai isu penamatan kontraknya bersama Kedah. Akhyar dilaporkan mempunyai semusim lagi kontrak sehingga penghujung 2019.

Walaubagaimanapun, mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan Akhyar perlu membayar pampasan kepada Kedah sebagai bayaran Latihan/pembangunan.

“JDT akan menghormati keputusan ini dan akan membuat bayaran yang sepatutnya jika kami mencapai perjanjian dengan Akhyar.”