Kredibiliti! Diogo tunjuk dan berikan jalan

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Pasti ramai menyedari, Pemain Import JDT, Diogo Santo antara perancang utama gol-gol yang dijaringkan ketika JDT menang besar 7-0 ke atas Perak minggu lalu.

Ianya bermula pada gol kedua, apabila hantaran tepat berjaya disudahkan dengan kemas gandingan Cabrera dan Leandro pada minit 36 diikuti Diogo menghadiahkan sepakan penalti pada minit 45. Penalti tersebut disempurnakan dengan kemas oleh Cabrera untuk gol ketiga pada ketika itu.

Tanpa sedar Diogo merupakan penyerang utama JDT di bahagian hadapan, tetapi seringkali berubah posisi di bahagian tengah dan sayap bagi mengelirukan pihak lawan sekaligus memberi tunjuk dan jalan buat rakan-rakan menjaringkan gol.

Gol ke-5 JDT pada Minit 62, hasil hantaran lintang Afiq, Diogo yang ketika itu memainkan peranan di posisi serangan dikawal rapat pertahanan dan hasil kuisan dihadapan penjaga gol Perak, Meskipun sukar ia untuk memberikan jalan buat Cabrera meledak hatrik.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
FOTO JST

Diogo juga membantu jaringan buat Safawi Rasid pada minit 79 dengan melorongkan bola sebelum pemain MVP 2019 meledak gol pertama di saingan Liga Super Malaysia 2020. Dalam kesulitan, Diogo boleh menggayakan teknik dengan membuat hantaran ‘backhill skill’ kepada Akhyar Rashid sebelum membawa dan mengambil ruang sebelum melepaskan rembatan untuk gol ke-7.

Meskipun beliau tidak menjaringkan gol, namun kredibiliti dan kemahiran yang dimilikinya perlu diambil perhatian. Terima kasih Diogo!