LaLiga: Barcelona kalah 1-0 dengan Atletico Club

Aksi pertama LaLiga, menyaksikan Juara bertahan, Barcelona kecundangan di tangan Atletico Club dengan jaringan tipis 1-0.

Lebih mendukacitakan lagi gol dijaringkan oleh pemain gantian yang berusia 38 tahun, Aritz Aduriz dengan voli yang cukup cantik menewaskan M. ter. Stegen.

Kemasukkan Aduriz yang menggantikan Inaki Williams ternyata membuahkan hasil dan tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk meledak gol kemenangan pada minit 88.

Serba tidak menjadi buat Barcelona pada aksi pertama ini ditambah lagi dengan ketiadaan Lionel Messi yang mengalami kecederaan betis. Kehadiran Frenkie de Jong dan juga Antoine Griezman yang juga merupakan debut pertama bersama Barcelona juga dilihat tidak membantu mencipta peluang dan jaringan.

Pada minit 37, bertambah masalah buat skuad bimbingan Ernesto Valverde yang terpaksa mengeluarkan Luis Suarez akibat kecederaan.

Barcelona memiliki dua percubaan untuk mencipta jaringan namun ia hanya singgah di palang dan tiang gol melalui Suarez dan Rakitic.

Kekalahan Barcelona di perlawanan pembukaan LaLiga kali terakhir adalah pada musim 2009/10.