LaLiga: Gagal penalti, Morata tetap hero Atlético Madrid

Atlético de Madrid dan Real Madrid berjaya mencipta kemenangan pada perlawanan pertama saingan LaLiga meskipun kedua-duanya bermain dengan 10 pemain.

Pada aksi Atlético dan Getafe awal pagi tadi menyaksikan pengadil turut melayangkan 2 kad merah. Pelawat terlebih dahulu menerima kad merah pada minit 38 menerusi Jorge Molina.

Jorge Molina didapati telah memijak kaki Thomas. Kelebihan itu tidak berpanjangan apabila Renan Lodi pula diperintah keluar padang selepas menerima 2 kad kuning pada minit ke 41 dan 42.

Sebelum itu, Alvaro Morata berjaya meletakkan Atlético di depan selepas menerima hantaran cantik dari Kieran Trippier untuk menanduk masuk gol pertama minit 23.

Image
Joao Felix dijatuhkan dalam kotak penalti. Foto: Twitter @LaLiga

Masuk separuh masa kedua, Atlético boleh menambah gol pada minit 56, selepas Joao Felix dijatuhkan dalam kotak penalti. Morata yang mengambil sepakan tersebut gagal menyudahkan selepas ketangkasan David Soria berjaya menepis bola keluar.

Angel yang masuk menggantikan Suarez mempunyai keemasan untuk menyamakan kedudukan namun rembatan terkena palang gol. Keputusan tersebut kekal dengan Atletico menang 1-0 atasi Getafe.

Diego Costa tidak beraksi pada perlawanan pembukaan selepas memiliki Kad Merah. Kalau ada Diego Costa, mampukah Atletico meraih lebih banyak gol? Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan pertama LaLiga.

Image
Image

Ikuti highlights perlawanan