LaLiga: Real Madrid buatkan Barcelona terduduk

Real Madrid berjaya buatkan Barcelona terduduk apabila mencipta kemenangan selesa di Nou Camp dengan kemenangan 3-1 dalam aksi el clasico pertama musim ini.

Real Madrid bermula selesa di hadapan seawal minit ke-5 selepas Fede Valverde meledak gol hasil hantaran dari Karim Benzema. Gerard Pique yang terleka membiarkan Valverde merembat deras menewaskan Neto.

Berselang 4 minit, Barcelona menyamakan kedudukan menerusi Ansu Fati. Jaringan Ansu Fati ini menjadikan beliau penjaring paling muda dalam sejarah el clasico.

Kedua dua pasukan dilihat terus mengatur strategi menyerang kedua-dua kubu lawan dan tatkala ianya seimbang walaupun penguasaan bola memihak Madrid dengan 54%.

Babak kedua, Barcelona memperbaiki rentak permainan namun percaturannya musnah apabila VAR mengesahkan Clement Lenglet menarik Sergio Ramos dalam kotak penalti.

Sepakan penalti di berikan kepada Real Madrid dan ia disempurnakan dengan baik oleh Sergio Ramos pada minit ke-68.

Pada lewat permainan, Real Madrid terus menambah luka berdarah buat Barcelona dengan gol ketiga masa kecederaan menerusi Luka Modric. Ianya berpunca daripada kesilapan penjaga gol yang menangkap bola dengan kemas. Keputusan perlawanan Barcelona 1, Real Madrid 3.

Dalam sejarah elclasico, kali terakhir Real Madrid memenangi perlawanan di Camp Nou adalah pada msuim 2015/2016 hasil jaringan 2-1 dengan Benzema dan Ronaldo menjaringkan gol buat Real. Dan musim 2020 merupakan kemenangan kedua berturut-turut.

Kemenangan ini meletakkan Real Madrid terus kekal di persada La Liga manakala Barcelona terus terduduk merudung malang di tangga ke 12 dengan 7 mata setelah tewas kali kedua berturut-turut.