Seramai lapan pemain JDT telah dipanggil untuk menyertai kem latihan Pusat Harimau Malaya sebelum Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 23 pemain yang akan berkunjung ke Indonesia bagi menghadapi saingan Kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada September depan.
Walaubagaimanapun, 27 pemain yang dipanggil sebagai persiapan dan pemilihan pemain termasuk bagi aksi persahabatan yang akan menentang Jordan pada 30 Ogos ini.

Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe:
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | MOHD FARIZAL MARLIAS | 33 | PENJAGA GOL | JDT |
2. | ADAM NOR AZLIN | 23 | PERTAHANAN | JDT |
3. | LA’VERE CORBIN-ONG | 28 | PERTAHANAN | JDT |
4. | MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA | 22 | TENGAH | JDT |
5. | MUHAMMAD SAFAWI RASID | 22 | SAYAP | JDT |
6. | MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID | 20 | SAYAP | JDT |
7. | MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD | 24 | PENYERANG | JDT |
8. | AHMAD HAZWAN BAKRI | 28 | PENYERANG | JDT |
9. | SHAHRUL MOHD SAAD | 26 | PERTAHANAN | PERAK |
10. | MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI | 25 | PENYERANG | PERAK |
11. | MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY | 26 | PENJAGA GOL | PERAK |
12. | NAZIRUL NAIM CHE HASHIM | 26 | PERTAHANAN | PERAK |
13. | BRENDAN GAN | 31 | TENGAH | PERAK |
14. | J. PARTIBAN | 27 | SAYAP | PERAK |
15. | MATTHEW DAVIES | 24 | PERTAHANAN | PAHANG |
16. | MOHAMADOU SUMAREH | 25 | SAYAP | PAHANG |
17. | MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH | 24 | TENGAH | PAHANG |
18. | NORSHAHRUL IDLAN TALAHA | 33 | PENYERANG | PAHANG |
19. | MOHD FAIZ MOHD NASIR | 27 | TENGAH | SELANGOR |
20. | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 21 | PERTAHANAN | SELANGOR |
21. | MUHAMMAD AKRAM MAHINAN | 26 | TENGAH | PKNS FC |
22. | MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW | 22 | PENYERANG | PKNS FC |
23. | MUHAMMAD HADIN AZMAN | 25 | SAYAP | FELDA UNITED |
24. | MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM | 22 | TENGAH | FELDA UNITED |
25. | MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM | 23 | PENJAGA GOL | KEDAH |
26. | MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA | 24 | PERTAHANAN | KUALA LUMPUR |
27. | DOMINIC TAN JUN JIN | 22 | PERTAHANAN | POLICE TERO FC |
Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 18 pemain dari skuad 23 pemain yang membantu skuad Harimau Malaya menyingkirkan Timor-Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menerusi kemenangan 7-1 pada aksi di tempat sendiri pada 7 Jun 2019 dan kemenangan 5-1 pada aksi tempat lawan pada 11 Jun 2019, kedua-duanya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ia menyaksikan lima pemain digugurkan Cheng Hoe untuk panggilan kali ini iaitu Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).
Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 27 pemain yang dipanggil kali ini, Cheng Hoe telah menyenaraikan sembilan pemain baharu termasuk penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini terpaksa diketepikan pada panggilan skuad kebangsaan, Jun lalu kerana kecederaan.
Baki tujuh pemain baharu lain pula terdiri daripada tiga pemain Perak – Brendan Gan, J Partiban dan Nazirul Naim Che Hashim, dua pemain Felda United – Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham serta Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).
Sementara, lima pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat mana-mana dalam kalangan 27 pemain dipanggil itu mengalami kecederaan iaitu penjaga gol Khairulazhan Khalid (Selangor), Amirul Azhan Aznan (Perak), Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin (Sabah) serta Syazwan Andik.

Malaysia dijadual akan bertemu Jordan pada 30 Ogos 2019 sebagai aksi persediaan sebelum pemilihan 23 pemain akhir yang akan dibuat oeh TaCheng Hoe. Ianya bagi melengkapkan senarai penuh untuk menghadapi perlawanan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia pada 5 September 2019 dan seterusnya pulang semula ke tanar air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September 2019.