Lepas kena ‘sound’ terus tukar tajuk

Selepas menerima teguran dan komen maklumbalas dari pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor, wartawan BH menerusi artikel berkenaan segera menukar tajuk artikel dari “Jenalti jadikan JDT lebih istimewa” kepada ” JDT, MU paling banyak diberi penalti”.

Namun isi kandungan masih sama tanpa ada sebarang perubahan. Selepas beberapa jam kenyataan oleh DYAM TMJ mengenai artikel berkenaan, Berita Harian lantas terus memuatnaik berita lanjut iaitu “TMJ nafi JDT dapat ihsan penalti”.

Tanpa rasa bersalah

Selepas menerbitkan artikel berbentuk kebencian dengan melabelkan JDT, meskipun isi kandungan memberi gambaran bahawa cerita tersebut dibawa oleh netizen, namun penulisan yang jelas memberi persepsi bahawa ianya adalah luahan hati penulis mengenai isu JDT.

Tanpa ada rasa bersalah dari wartawan BH, mereka terus mengubah tajuk dan membuat artikel baharu berhubung kenyataan TMJ mengenai isu. Walhal sendiri buat cerita, sendiri alih cerita.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/02/534943/tmj-nafi-jdt-dapat-ihsan-penalti?fbclid=IwAR1VfP-cn9o8TNj7lQCjCQhZEyEVPmizCukLV75yEEUadv_sucCFOzaEzhk