Liga Bolasepak KPM: Keputusan skuad muda JDT

Skuad muda JDT B17 berjaya membenam Sarawak B17 dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Bagi skuad muda JDT B16 pula menerima kekalahan kepada Selangor B17 dengan keputusan 1-2.

Kategori B14 menyaksikan skuad muda JDT menewaskan Sekolah Sukan Negeri Sarawak B14 dengan jaringan 1-0 manakala bagi skuad muda JDT B13 pula, terpaksa menelan pahit selepas tewas 1-4 kepada pasukan Selangor B14.

Tahniah diucapkan kepada skuad muda JDT, teruskan usaha dan tunjukkan prestasi dengan perancangan dan taktikal yang diterapkan oleh Jurulatih. Luaskan Kuasamu Johor.