Lucas Podolski nak join JDT la…

Pemenang Piala Dunia 2014 yang juga bekas bintang bolasepak Jerman, Lukas Podolski dilaporkan menyatakan minat untuk menyertai pasukan juara Liga Super Malaysia enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dalam satu pertemuan bersama wakil media di Seri Gelam, semalam.

Desas desus mula tersebar di laman sosial apabila pemain tengah dari Vissel Kobe itu memberikan komen ‘see you soon’ sambil dibalas mesra oleh pemilik JDT dengan simbol thumb up.

Image

Ianya sejak kebelakangan ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa JDT akan membawa masuk pemain import yang berstatus pemenang Piala Dunia.

Menurut wakil media dari semuanyabola.com yang hadir ke Padang Seri Gelam bersama team bagi #ProjekTongkat, Ketika ditanya adakah Lukas Podolski individu yang dimaksudkan, ini respon pantas daripada Tunku Ismail:

“Ya, Podolski ada menghubungi saya menyatakan minatnya untuk menyertai JDT. Dia akan datang ke sini [Johor Bahru] untuk proses perbincangan.”

“Tetapi kita tidak boleh buat keputusan lagi kerana kuota pemain import kita pun sudah penuh, mungkin perbincangan ini juga boleh menjurus kepada kerjasama yang lain,” ujar Tunku Ismail

“Rezeki buat JDT kerana sebelum ini kami perlu memburu pemain, tetapi sekarang sudah berubah kerana pemain pula yang mencari kami untuk menyertai pasukan.”

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mendedahkan dua bekas pemain bola sepak terkenal dunia, Marco Materazzi dan Luis Figo juga kini dalam perbincangan untuk menjadi pemegang saham JDT.