Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk Stadium Sultan Ibrahim

Majlis Bacaan Yasin dan doa selamat serta solat hajat sempena Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim telah diadakan sejak 18 Februari lalu dan diadakan setiap hari sehingga awal pagi hari perasmian, 22 Februari 2020.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran atas siapnya Stadium Sultan Ibrahim yang akan menjadi kebangggan untuk peminat Harimau Selatan khususnya dan Bangsa Johor amnya.

Selain itu, turut dipanjangkan doa selamat agar dijauhkan dari segala kejadian yang tidak diingini dan sentiasa dilindungiNya selain mengadakan solat Hajat bagi Majlis Pelancaran pada hari sabtu berjalan lancar dan sempurna.

Image may contain: 2 people, basketball court and indoor

Stadium Sultan Ibrahim mula dibina pada 30 Januari 2016 dan siap sepenuhnya pada awal Februari 2020 yang lalu. JDT telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di stadium baharu ini dengan menyaksikan Kuching FA sebagai pasukan lawan pertama beraksi.

Pemeriksaan menerusi konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi kejohanan AFC juga telah diadakan pada 19 Februari 2020 lalu yang turut meninjau keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan induk Asia itu.

Stadium Sultan Ibrahim akan dilancar secara rasmi pada 22 Februari 2020 oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Image may contain: 1 person, indoor

FOTO: JOHOR Southern Tigers